Header Ads

Turutan gambar terbalik sengaja sebar berita palsu, Tun M tak tersungkur!


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan baik, tidak seperti yang digambarkan menerusi mesej tular memaparkan dua gambar seolah-olah menunjukkan beliau tersungkur semasa solat sunat Aidiladha di Masjid Negara pada Rabu.

Mesej yang tersebar di WhatsApp dan Facebook, menunjukkan gambar Dr Mahathir sedang berdiri sementara seorang lelaki yang tidak dikenali memegang lengannya, diikuti oleh sekeping gambar lagi yang memaparkan beliau membongkok ke lantai, menahan dirinya menggunakan tangannya.

Loading...

Mesej tersebut menyebut Perdana Menteri tersandung di masjid kerana beliau "penat atas pelbagai sebab".

Bagaimanapun, seorang pegawai yang rapat dengan Dr Mahathir menafikan berita palsu dan menyifatkannya sebagai "propaganda".

"Beliau tidak terjatuh... beliau sihat," katanya kepada The Star.

Realitinya, pegawai itu memberitahu bahawa turutan gambar yang diambil oleh penulis blog, Minaq Jinggo telah diterbalikkan, dan turutan sebenar gambar menunjukkan Dr Mahathir bangun selepas selesai menunaikan solat.


"Gambar-gambar tersebut bermaksud untuk menceritakan kepada dunia bahawa PM7 (Perdana Menteri ketujuh, Dr Mahathir) berupaya untuk bangun sendiri tanpa bantuan. Beliau masih cukup bertenaga untuk melakukannya walaupun hanya rehat yang sedikit selepas kunjungannya ke China," jelas jurugambar veteran itu kepada The Star.

No comments

Loading...