Header Ads

Tun M yakin manfaat perang dagang As, China


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan mewujudkan peluang baik untuk dimanfaatkan oleh Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut menerusi wawancara bersama ThaiPBS yang mengetengahkan isu-isu di peringkat antarabangsa.

Loading...

Menurutnya, walaupun perang dagang antara dua negara itu akan memberi kesan terhadap kemelesetan ekonomi global tetapi beliau juga maklum terhadap kelebihannya.

“Terdapat juga faedah tertentu kerana kehilangan pasaran China oleh AS bermakna beberapa peluang kepada kami.

“Ketidakupayaan AS untuk menggunakan China sebagai pangkalan pembuatan juga boleh menyebabkan mereka beralih ke negara lain termasuk Malaysia,” katanya menerusi temu bual tersebut.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, biarpun begitu, Malaysia dan negara Asean lain perlu bersiap sedia bagi berhadapan dengan sebarang kesan dan perubahan yang bakal berlaku.

“Kami tidak cukup kuat untuk memberitahu sama ada China atau AS untuk menghentikan perang perdagangan yang bodoh ini. Perang ini tidak akan memberi manfaat kepada mereka.

“Kami perlu mencari jalan untuk menyesuaikan akibat perang perdagangan tersebut di rantau ini, supaya ekonomi kami tidak terjejas teruk,” katanya.

Sementara itu, menyentuh perkara lain, Mahathir turut menyatakan Malaysia akan meneruskan perjanjian Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) yang ditandatangani oleh kerajaan BN sebelum ini.


“Tiada penguasaan AS yang lebih besar kepada negara-negara lain (dengan penarikan diri AS).

“Kami juga mendapati bahawa kerajaan negara ini yang terdahulu telah menandatangani menjadi anggotanya. Kami tidak boleh menarik balik tanpa menjejaskan kredibiliti, jadi kami perlu meneruskan TPP,” katanya.

No comments

Loading...