Header Ads

Tun M lawat kapal mewah Equanimity


KLANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir membuat lawatan ke kapal mewah Equanimity yang dikatakan milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low, di Boustead Cruise Centre, Klang, hari ini.

Beliau tiba kira-kira jam 11.40 pagi bersama beberapa pengiringnya.

Loading...

Mahathir dijangka membuat lawatan kira-kira sejam di kapal tersebut.



Turut hadir Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.


Juga Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab.

No comments

Loading...