Header Ads

Transaksi RM800,000, Mat Sabu sedia disiasat SPRM


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwan yang dilemparkan terhadap pihaknya.

"Seperti kenyataan saya di Parlimen sebelum ini dalam siasatan terhadap Kementerian Pertahanan yang diketuai bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang. Saya juga mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap sesiapa sahaja di Kementerian Pertahananan atau di pejabat saya," ujarnya menerusi kenyataan pada Rabu.

Loading...

Tambahnya lagi, dia juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan berikrar tidak akan berkompromi dengan soal berkaitan integriti.

"Jika ada kes yang dikenal pasti, SPRM boleh mendakwa individu yang terlibat mengikut saluran undang-undang sedia ada," ujarnya.

Menurut laporan portal Malaysiakini pada Selasa, timbalan pengerusi SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat transaksi berjumlah RM800,000 yang dikaitkan dengan menteri itu.


Sehingga kini, SPRM sudah merakam kenyataan 10 individu termasuklah beberapa kontraktor dan wakil perniagaan bagi melengkapkan siasatan.

No comments

Loading...