Header Ads

TPM: Insentif KWSP suri rumah mulai minggu depan

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata fasa satu programme Sukarela Insentif (Suri) bermula pada 15 Ogos 2018. — Foto: Malay Mail

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Programme Sukarela Insentif (Suri), yang membolehkan suri rumah peluang menikmati sekuriti sosial yang berkualiti dan meningkatkan sekuriti pendapatan akan dilaksanakan dalam tiga fasa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, fasa satu akan bermula minggu hadapan pada 15 Ogos di mana anggota Suri boleh menyimpan minimum RM5 sebulan dalam akaun KWSP masing-masing dan kerajaan pula akan menyumbang RM40 sebulan.


Loading...

“Buat permulaan, kumpulan sasaran bagi fasa satu terdiri daripada para surirumah kepada ketua isi rumah. Sasaran ketua isi rumah ialah lelaki berkahwin (bagi setiap isteri-isteri), ibu tunggal dan janda yang berdaftar dengan e-Kasih.

“Kerajaan berhasrat memastikan kebajikan orang ramai. Bagaimanapun, setiap rakyat perlu menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan taraf hidup, Sumbangan minimum RM5 setiap bulan di bawah programme ini mewakilkan komitmen daripada orang ramai dan pada masa sama menyemai sifat suka menabung untuk masa hadapan mereka,” katanya hari ini.

Dalam ucapannya pada Persidangan Sekuriti Sosial Antarabangsa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2018, Dr Wan Azizah berkata sumbangan kerajaan itu akan dinaikkan kepada RM50 pada fasa kedua insentif itu, di mana sejumlah RM10 akan diagihkan untuk perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO). — Bernama

No comments

Loading...