Header Ads

Tok Mat akui kekalahan tanda pengundi protes PH


SHAH ALAM - Keputusan PRK Dun Sungai Kandis menjadi bukti rakyat seolah-olah memprotes kerajaan yang memerintah ketika ini.

Pengarah Jentera Pilihan Raya BN , Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kehilangan begitu banyak peratusan pengundi menunujukkan rakyat kurang berpuas hati dengan apa yang telah diberikan oleh kerajaan, lapor Sinar Harian.

Loading...


“Keputusan ini adalah satu tanda protes dan tentunya kepada kerajaan yang memerintah hari ini,” katanya, dipetik portal Umno Online.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi sebanyak 80 peratus namun secara tidak rasmi hanya 49.8 peratus pengundi yang keluar.

Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno berpuas hati dengan perjalanan jentera sepanjang PRK tersebut.

“Saya puas hati dengan perjalanan jentera sepanjang PRK ini, kita telah cuba dengan baik dan jentera juga telah bekerja dengan baik,” katanya.


Sungai Kandis kekal menjadi milik PKR selepas calonnya Mohd Zawawi Ahmad Mughni menang dengan majoriti 5,842 undi.

Beliau menewaskan dua lagi pencabarnya Datuk Lokman Noor Adam dari BN yang mendapat 9,585 undi dan calon Bebas, K Murthy hanya menerima 97 undi.

No comments

Loading...