Header Ads

Tian Chua: Azmin bangun parti sejak 1998, Rafizi baru muncul


Kem timbalan presiden Datuk Azmin Ali lebih berpengalaman dalam membina PKR sejak 20 tahun lalu, kata Tian Chua.

Mempertahan jawatan naib presiden, bekas ahli parlimen itu menyindir kem Rafizi Ramli yang muncul 10 tahun mutakhir, lapor Malaysiakini.

Chua, yang dilihat bersama kem Azmin, berkata kem Rafizi “mempunyai separuh pengalaman” politik kem Azmin yang membina parti sejak 1998.


Loading...

“Kami telah bekerjasama dengan akar umbi. Parti itu dibentuk oleh generasi kami,” katanya sebagai mengulas tema kempen kem Rafizi.

Kumpulan itu menggunakan tema kempen menghidupkan semangat reformasi sempena 20 tahun gerakan itu atau digelar Reformasi 2.0. 

“Mereka lebih rapuh serta hanya mahu melihat siapa yang paling banyak bercakap, dan mungkin itulah strategi Rafizi,” katanya.

Chua menyifatkan kebanyakan pemimpin dalam kem Rafizi “tidak banyak terlibat dalam pembinaan parti” walau bercakap soal reformasi.

“Usaha kami lebih lagi daripada presiden parti [Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail] atau [Datuk Seri] Anwar Ibrahim.

“Dalam tempoh jangka panjang itu, mereka [kem Rafizi] tidak banyak terlibat dalam pembinaan parti,” katanya dalam wawancara portal itu.

“Malah [naib presiden parti] Nurul Izzah Anwar hanya berusia 17 atau 18 tahun ketika parti itu dibentuk.”

Chua juga menjelaskan kem Azmin tidak agresif berkempen dalam pemilihan parti, sehingga Oktober ini, kerana memegang jawatan menteri.

Selain menteri ekonomi, kumpulan ini disertai dua lagi menteri Zuraida Kamaruddin dan Dr A Xavier Jayakumar.

Kem Rafizi mempunyai seorang menteri Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

- Projek MM

No comments

Loading...