Header Ads

Tiada lesen, kripto LaVida Coin dalam senarai Bank Negara


KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies), pengendali mata wang kripto LaVida Coin dalam Senarai Peringatan Kepada Pengguna Kewangan.

Senarai itu mengandungi maklumat syarikat dan laman web yang tidak mendapat lesen atau kelulusan di bawah undang-undang berkaitan dan pengawalseliaan yang ditadbir oleh BNM.


Loading...

“Sila ambil maklum bahawa senarai itu tidak lengkap sepenuhnya dan hanya berperanan sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima BNM,” menurut BNM dalam kenyataan di laman webnya hari ini.

Senarai kemas kini itu mengandungi 423 syarikat.

Pada Isnin, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata ia sedang meneliti semua maklumat sedia ada mengenai mata wang kripto yang baru dilancarkan, LaVida Coin, bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti. — Bernama

No comments

Loading...