Header Ads

Tersepit lori tiba-tiba 'reverse'

PIHAK bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit antara lori dan dinding kondominium dalam kejadian di Damansara Perdana, semalam. FOTO Ihsan Bomba

PEMANDU lori rangkaian pasar raya terkemuka berdepan detik cemas apabila tersepit di antara lori dan dinding di kawasan letak kereta kondominium di Damansara Perdana, Petaling Jaya, semalam.

Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa yang berusia 28 tahun dipercayai turun daripada lorinya untuk memeriksa ruang parkir apabila tiba-tiba lori berkenaan mengundur menyebabkan dia tersepit.

Loading...

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, Ramli Harun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.06 malam.

"Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari BBP Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, anggota yang bertugas mendapati pemandu lori terbabit tersepit di antara lori dan dinding selepas lori itu tiba-tiba menggelongsor ke belakang walaupun mangsa sudah menarik brek tangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa.


"Mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan fizikal, bagaimanapun pemeriksaan dilakukan bagi mengesan kecederaan dalaman.

"Dia kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh menggunakan ambulans paramedik yang berada di lokasi kejadian," katanya.

No comments

Loading...