Header Ads

Tergamak sumbat bayi baru lahir dalam plastik hingga mati


SEORANG pekerja gim melahirkan bayinya di dalam kereta sebelum menyumbatnya ke dalam beg plastik dan dibiarkan sehingga mati.

Brennan Geller, 21, didakwa membunuh bayi tersebut.

Suspek dari Lexington, SC, dipercayai melahirkan anaknya bersendirian pada Jumaat.

Loading...

Perbuatannya itu terbongkar pada keesokan harinya selepas dia memandu ke sebuah hospital akibat kehilangan banyak darah, lapor Fox 2.

Namun tidak dapat dipastikan punca sebenar kematian bayi yang tidak didedahkan jantinanya itu.

"Kami menyedari kes tragik itu selepas Geller menerima rawatan di hospital pagi Sabtu akibat kehilangan darah.

"Pasukan perubatan yang merawat Geller memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia tidak pernah memberitahu mereka bahawa bayinya masih berada di dalam kereta," katanya.

Pasukan penyiasat menjumpai mayat bayi tersebut di dalam kereta beberapa jam kemudian dan menahan Geller pada pagi Isnin.

Dia dibawa ke Pusat Tahanan Lexington County untuk soal siasat.


Selepas penahanan Geller, salah seorang individu yang mendakwa sebagai rakan wanita itu menulis:"Dan memikirkan saya kawan kepada dia... saya tidak tahu pun dia mengandung."

No comments

Loading...