Header Ads

Tarif kekal, air percuma diteruskan walau kos naik, kata MB


Tarif air tidak naik berikutan pembelian Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), kata menteri besar Selangor.

Membidas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menuduh pemberian air percuma dibatal, Amirudin Shari berkata program tersebut juga diteruskan, lapor.


Loading...
“Kita akan kekalkan pemberian air percuma dan tidak akan menaikkan tarif air ketika ini,” kata wakil rakyat Sungai Tua seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata kira-kira RM180 juta diperuntuk setahun bagi menampung kos air percuma berbanding RM70 juta pada awal pelaksanaan program itu.

“Tetapi, kita akan bertindak (menaikkan tarif) mengikut kemampuan kerajaan negeri terutama membabitkan kos yang semakin meningkat”.

Khalid, bekas menteri besar Selangor, mendakwa pengambilalihan SPLASH membebankan rakyat dan program air percuma sejak 2008 akan dibatalkan.

Jumaat lalu, SPLASH diambil alih Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dengan nilai RM2.5 bilion.

No comments


Loading...