Header Ads

Tajuddin tegur KJ


KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegur rakan Umnonya  ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin agar bertindak selaras dengan pendirian parti.

Katanya, banyak tindakan Khairy sebelum ini dilihat tidak selaras dengan pendirian parti sehingga dilihat tidak sehaluan dengan parti.

Loading...

Jelasnya, sebagai orang yang lebih tua, eloklah beliau menasihati Khairy agar bertindak sebagai satu pasukan.

"Saya masih mahu beliau bersama Umno jadilah 'team player' dalam Umno ,  kerja sebagai satu pasukan.

"Tapi dia kena berhenti daripada sikap begitu jika dia nak bersama  Umno  dia mesti ingat dia bernasib baik kerana kepimpinan parti tidak berapa keras... lembut, sangat toleran kalau dulu boleh kena pecat," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas mengenai tindak tanduk Khairy yang kebelakangan ini dilihat tidak senada dengan parti antaranya terbaharu beliau ‘mengherdik’ kerjasama Umno-Pas di PRK Seri Setia.

Susulan itu, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil  menyarankan Khairy  menyertai PKR atau DAP.

Beliau mendakwa, Khairy telah menunjukkan jiwa beliau bukanlah jiwa perjuangan Melayu dan Islam.

Katanya, Khairy juga dilihat sebagai seorang yang tidak ada pendirian dan opportunis apabila mengkritik bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Susulan itu , Khairy  membidas kenyataan Isham yang mencadangkan beliau menyertai PKR dan DAP.

Menurut Khairy, Isham perlu menjelaskan alasan untuk beliau meninggalkan Umno.

No comments

Loading...