Header Ads

Syed Saddiq dedah dana 1M4U diguna untuk inisiatif 'I Love PM'


Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji program sukarelawan 1Malaysia For Youth (iM4U) selepas mendapati program itu telah "disalahgunakan" oleh kerajaan sebelumnya untuk mempromosikan inisiatif "I Love PM".

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata semakan juga mendapati dana untuk program sukarelawan belia itu banyak disalurkan kepada program "I Love PM".

"Apabila iM4U mula dibentuk, niat mulianya adalah mengenai (menggalakkan) aktiviti sukarelawan di Malaysia, tetapi ia telah disalahgunakan, malangnya, sebagai platform untuk inisiatif 'I Love PM'.

Loading...


"Saya tak bergurau. Banyak dana telah digunakan ke arah itu juga," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Menurut laporan Malaysiakini lagi, Syed Saddiq, yang juga anggota Parlimen Muar, tidak memberikan butiran mengenai jumlah dana yang didakwa disalahgunakan.

Program iM4U sebelum ini diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri tetapi kini telah dipindahkan ke kementeriannya.

Mengakui program itu masih mempunyai kebaikan, Syed Saddiq berkata: "Itulah sebabnya kami akan membawanya kembali ke objektif asalnya untuk memastikan golongan memainkan peranan dengan terlibat dalam kesukarelawan."

Beliau berkata kementeriannya akan memastikan bahawa tumpuan iM4U akan terus memupuk semangat sukarelawan dan bukan memenuhi agenda politik mana-mana pemimpin tertentu.

"Sasaran saya adalah memastikan majoriti belia melakukan aktiviti kesukarelawan sekurang-kurangnya sehari setiap minggu.

"Ia bukan saja bagi menyediakan mereka sebagai pimpinan negara tetapi pada masa sama memastikan setiap anak satu anak muda mempunyai tempat dalam proses pembangunan negara dan melalui mereka masa depan negara akan terjamin," katanya.

No comments

Loading...