Header Ads

Surat kepada CIA memang asli, akui peguam Hasanah


Surat yang dihantar kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat memang asli, kata peguam bekas pengarah.

Datuk Shaharudin Ali bagaimanapun menjelaskan surat Datuk Hasanah Abdul Hamid, bekas ketua pengarah satu agensi perisikan Malaysia, itu “perkara biasa.”

Surat Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), bawah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, bertarikh 4 Mei lalu, lapor Projek MM.


Loading...

Dibocor di media sosial, surat itu antaranya memohon sokongan CIA jika kerajaan Datuk Seri Najib Razak menang tipis pada pilihan raya umum Mei lepas.

Shaharudin juga berkata Hasanah tidak perlu merujuk bekas perdana menteri itu, yang mendakwa tidak tahu-menahu surat tersebut, ketika menyediakan surat tersebut.

“MEIO mempunyai jaringan dengan CIA dan agensi perisikan di serata dunia dan surat itu biasa sahaja bagi menjalin persabahatan... pastinya bukan dengan niat menderhaka pada negara,” kata peguam itu.

Sebelumnya Hasanah membuat aduan di balai polis Jalan Travers di sini berhubung pembocoran surat itu, yang dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menafikan surat itu ada kaitan dengan Najib, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan isu itu kepada peguamnya.

Dalam sidang media di pejabatnya, Shaharudin berkata Hasanah mahu polis menyiasat siapa yang terlibat membocorkan surat kepada umum.

No comments