Header Ads

Sultan Johor murka berita palsu baginda halang rakyat dekati Bersatu


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka susulan penyebaran berita palsu di media sosial yang mengaitkan baginda dengan arahan supaya rakyat menjauhi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Loading...

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman rasmi Facebook pada Selasa selepas tersebarnya laporan bertajuk:"Sultan Johor bertitah supaya jauhi PPBM".

Laporan itu pada mulanya disiarkan sebuah portal berita pada 17 April lalu dan kini tular di media sosial.


Sultan Ibrahim menetapkan bahawa hanya Pejabat Media Diraja akan mengeluarkan kenyataan atau laporan berkaitan baginda dan kerabat diraja Johor.

Baginda juga bertitah supaya pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu atau mencemar nama baginda atau keluarga diraja Johor di media sosial.



No comments

Loading...