Header Ads

Sultan beri perkenan: Exco

Mohd Khuzzan ketika membacakan ucapan penggulungan Aminolhuda. - Foto: Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor.

ISKANDAR PUTERI - Beberapa jawatankuasa panel penasihat dan sekretariat sedang diwujudkan sejak awal Jun lalu bagi membolehkan kajian dan gerak kerja menubuhkan Universiti Johor dapat dilaksanakan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan berkata, beberapa siri mesyuarat juga telah diadakan bagi membincangkan konsep dan falsafah asas Universiti Johor.

Loading...

“Pada 19 Jun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah perkenan akan penubuhan Universiti Johor.

“Pada 24 Jun lalu, perjumpaan bersama Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah dilakukan bagi membincangkan penubuhan Universiti Johor.

“Kertas asas perancangan Universiti Johor telah dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (Upenj), Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Tinggi, wakil menteri pendidikan pada 6 Ogos lalu,” katanya pada sesi penggulungan Sidang Dun Johor ke-14, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Aminolhuda berkata, maklum balas positif diperoleh dan semua pihak sangat komited untuk membantu kerajaan negeri dalam merealisasikan penubuhan Universiti Johor.

Katanya, konsep Universiti Johor adalah berdasarkan persekutuan dan gabungan bagi memenuhi tuntutan pembangunan pesat tumpuan di daerah-daerah dan mengelakkan aliran keluar belia dari daerah.

“Universiti Johor akan memperkenalkan konsep kerjasama universiti, industri, kerajaan dan komuniti. Setiap graduan yang lahir dari Universiti Johor melalui customised competency based education merupakan graduan yang memenuhi kehendak industri, kerajaan dan komuniti.


“Pihak kerajaan sememangnya komited dalam merealisasikan Universiti Johor dan memastikan kesan limpahan manfaat yang meluas kepada rakyat dan kerajaan seperti terkandung dalam manifesto PH lima tahun,” katanya.

No comments

Loading...