Header Ads

Siasat perompak wang Felda


KUALA LUMPUR – Peneroka Felda mendesak kerajaan menyiasat dan mendakwa ‘perompak’ wang Felda seperti yang dijalankan ke atas penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman turut menggesa supaya 10 janji utama yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 100 hari, dalam konteks Felda iaitu mansuhkan hutang tidak wajar dan dipaksakan ke atas peneroka dimuktamadkan.

“Jika isu 1MDB disiasat dan didakwa mereka yang terlibat, kenapa tidak kepada ' perompak ' wang Felda?


Loading...

“10 janji dalam tempoh 100 hari dalam konteks Felda iaitu memansuhkan hutang tidak wajar dan dipaksakan terhadap peneroka wajar diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menuntut agar kelompok peneroka menerima penyata interim tiga bulan bermula tebang hingga hari ini, penyata untung rugi daripada Felda Technoplant (FTP) dari mula tebang hingga ke hari ini, laporan perbelanjaan tahunan dan bulanan daripada Felda Technoplant Sdn Bhd (FTP) dan penyata hutang peneroka daripada Felda.

“Jika ia dapat diselesaikan, disusuli lain -lain  kos seperti pembajaan, jalan pertanian atau kos yang dianggap tidak wajar, maka pemansuhan 50 peratus hutang bersama kadar faedah 6.25 peratus, boleh dimuktamadkan.

“Ayuh, perbaharui iltizam kita demi selamatkan Felda. Kongsi idea dan kepakaran membangunkan semula Felda. Tingkatkan turun ke lapangan, dengari rintihan rakyat; jangan dibiar derita peneroka berpanjangan,” ujarnya.

Beliau menyatakan warga Felda menyokong pembentangan kertas putih mengenai Felda di Parlimen  pada sesi akan datang.

“Namun, Penubuhan Suruhanjaya DiRaja (RCI)seperti dalam manifesto PH harus direalisasikan.

“Rakyat ingin tahu bagaimana kebobrokan Felda yang mengakibatkan kehilangan berbilion ringgit wang peneroka. Pendedahan melalui RCI harus diketahui umum dan heret mereka yang dituduh ke muka pengadilan,” tegasnya.

Namun menurutnya, cabaran terbesar adalah membina semula Felda daripada  kerosakan yang dahsyat antaranya, hutang Felda berjumlah RM8.05 bilion, bayaran sara hidup dengan kos RM37 juta setiap bulan kepada 31 ribu peneroka yang terlibat dengan tanam semula sering terlewat dan menjejaskan kehidupan harian mereka.

“Kedudukan kewangan tabung Felda seperti tabung tanam semula, insuran ladang dan lain lain, yang kritikal dan menjejaskan pembangunan kebun peneroka.

“Perumahan Generasi Baharu Felda yang terbengkalai dan mengecewakan harapan pemohon yang menanti begitu lama rumah impian mereka,” jelasnya.

Ahli Majlis Tertinggi  Amanah itu juga berharap, sambutan kemerdekaan tahun ini, membawa harapan dan sinar baru buat warga Felda.

- Sinar Harian

No comments

Loading...