Header Ads

‘Shafie Apdal dah boleh senyum…’


TIADA bukti dapat mengaitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbabit dalam penyalahgunaan dana berjumlah RM1.5 bilion di Sabah ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, Pejabat Peguam Negara mengesahkan Mohd Shafie tidak akan didakwa berikutan tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu, lapor portal Suara Sabah.

Loading...


“Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada 23 Mei lalu dan selepas diteliti, Pendakwa Raya pada 20 Jun lalu memutuskan pendakwaan tidak diteruskan kerana bukti tidak mencukupi bagi tindakan selanjutnya.

“Pejabat Peguam Negara kemudian memutuskan kes berkenaan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan ‘kes untuk simpan’ (KUS) kerana bukti tidak mencukupi," katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Jamilah Sulaiman di Dewan Negara, hari ini.

Mohd Shafie sebelum ini ditahan SPRM mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara tahun 2009 hingga 2015.

No comments

Loading...