Header Ads

'Sepatutnya perkara yang tidak betul, kita betulkan’


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan saranan golongan transgender menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU) sebagai tidak relevan.

Katanya, sepatutnya dalam isu transgender ini kita perlu perbetulkan ‘apa yang tidak betul pada syarak’.

Loading...

“Ini sangat tak relevan, yang penting kita baiki semua... sepatutnya benda tak betul pada syarak kita perlu perbetulkan.

“Menghargai kedudukan mereka sebagai makhluk ciptaan ALLAH kita raikan tetapi kita tak boleh beri dorongan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh menyarankan golongan transgender menggunakan tandas Orang Kurang Upaya (OKU) bagi mengelakkan kebimbangan dan perasaan tidak selamat di kalangan orang awam.

Katanya, saranan itu adalah suatu langkah yang difikirkan sesuai ketika ini, kerana kerajaan turut mengambil kira keresahan dan pendapat yang telah diutarakan ramai pihak yang bimbang berkenaan isu terbabit.

Fuziah berkata kerajaan berusaha menyelami serta memahami isu berkaitan transgender, khususnya peranan institusi agama dalam menangani permasalahan berkenaan seterusnya memastikan golongan berkenaan kembali kepada fitrah.


Laporan akhir-akhir ini membangkitkan isu golongan transgender berkongsi tandas awam dengan wanita hangat diperbincangkan pelbagai pihak susulan sidang media Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang bertemu wakil komuniti transgender, Nisha Ayub.

Terdahulu, Mujahid dalam kenyataan hari ini turut mengakui terdapat kekhilafan ketika sidang media mengenai isu penggunaan tandas awam, sehubungan itu beliau berkata tiada arahan atau keizinan daripada pihaknya untuk komuniti transgender berkongsi tandas awam dengan wanita.

No comments

Loading...