Header Ads

Semua saman AES dibatalkan


PUTRAJAYA: Semua saman sedia ada yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibatalkan.

Ini berikutan keputusan Kabinet untuk mengambil alih sepenuhnya operasi AES di negara ini daripada dua syarikat swasta, berkuatkuasa 1 September, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loading...

Beliau berkata terdapat 3.1 juta saman tidak dibayar pada Mei, yang bernilai sehingga RM430 juta.

"Kali ini sahaja.

"Selepas 1 September, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) akan mengambil alih sepenuhnya operasi AES dan apa-apa saman yang dikeluarkan kemudiannya perlu dibayar.


"Tidak akan ada tawaran atau diskaun seperti itu lagi," kata Loke pada sidang akhbar di sini Jumaat.

No comments

Loading...