Header Ads

Seleweng dana PRU14, bekas ketua perisik direman lima hari

Foto: Bernama

Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) direman lima hari bagi membantu siasatan kes menyeleweng dana pilihan raya umum lalu.

Datuk Hasanah Abdul Hamid, 61, berbaju tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna oren dibawa ke mahkamah majistret Putrajaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman, lapor Projek MM.


Loading...

Beliau ditahan 4.15 petang semalam selepas dipanggil merekodkan kenyataan di ibu pejabat SPRM.

Timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) Datuk Seri Azam Baki semalam berkata Hasanah disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa bagi tujuan peribadi.

Semalam seorang timbalan ketua pengarah dan enam pegawai tadbir diplomatik (PTD) dari jabatan sama direman bagi kes sama yang melibatkan wang jutaan ringgit.

No comments

Loading...