Header Ads

Saya mesti lagi hebat dari Trump, sindir Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan jutawan kontroversi Jho Low bahawa perdana menteri itu 'bercakap bagi pihak' Jabatan Keadilan AS (DOJ) berhubung penyitaan kapal layar mewah Equanimity.

"Saya sangat bangga kerana saya boleh bercakap bagi pihak kerajaan AS.

Loading...


"Saya mesti lagi hebat daripada Trump," kata Mahathir secara sinis kepada pemberita selepas menghadiri pameran seni 'Tun M: A Forever Legacy' di Maeps, Serdang hari ini.

Beliau berkata Low sepatutnya bertanya pihak berkuasa AS sama ada beliau bercakap bagi pihak mereka atau memaksa mereka. - Kinitv


No comments

Loading...