Header Ads

Rosmah pesan Najib: Kalau terus bersuara nanti kena panggil lagi



Datuk Seri Najib Razak tidak sempat berucap panjang selepas dipotong isterinya ketika program kecil-kecilan sempena Hari Merdeka yang dihadiri pasangan itu, pagi tadi.

Najib sebelum itu menyampaikan ucapan dihadapan lebih 100 orang bahawa dirinya berjanji akan memantau kelompongan manifesto yang gagal ditunaikan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), lapor Kini tv.

Loading...


Bagaimanapun, secara spontan Rosmah berseloroh menyampuk agar Najib untuk tidak cakap lebih-lebih lagi.

Najib dan isterinya meluangkan masa berkelah bersama penyokong yang terdiri daripada penganjur page Facebook Mengenang Jasa DSN sejak jam 9.30 pagi.

Najib dan isterinya turut dihidangkan nasi lemak dan kuih muih dalam satu majlis berkelah secara santai pada ambang kemerdekaan di Taman Botanic, Kuala Lumpur pagi tadi.



No comments

Loading...