Header Ads

RMB ganti RMMJ: MB


JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mahu melakukan penjenamaan semula inisiatif Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang akan dikenali sebagai Rumah Mampu Biaya (RMB).

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, walaupun ditukar nama inisiatif tersebut, tetapi tujuan asalnya tetap sama iaitu menyediakan perumahan mampu dimiliki dan dibiayai rakyat.

Loading...

“Kita hendak tukar kita punya ‘tagline’. Bukan RMMJ, (tapi) RMB iaitu Rumah Mampu Biaya. Biaya bermaksud mampu bayar. Mampu milik (tapi) tak boleh bayar, akhirnya bukan rumah dia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Johor Bahru di Pejabat Daerah Johor Bahru di sini, semalam.

Ditanya mengenai respon BN yang bakal didepani kerajaan negeri mengenai perkara itu, Osman berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan pembangkang.

“Apa takut sangat dengan BN? Biar dia bercakap, nanti penat dia berhenti, itu sahaja. Dia hendak cakap, cakap. Kita demokrasi. Penjenamaan semula ke apa, itu kita punya hal.

“Tapi kalau dia ambil daripada (Tan Sri) Ghani Othman, (ke pentadbiran) Datuk Khaled (Nordin), dia tak menjenamakan semula? Dia jenamakan semula juga. Daripada rumah murah, jadi rumah rumah mampu milik,” katanya.

Beliau berkata, tiada guna jika rakyat negeri ini mendapat kediaman daripada inisiatif rumah mampu milik, namun tidak boleh membayar selain mendapatkan pinjaman bank.


Dalam pada itu, Osman berkata, kerajaan negeri turut komited membantu golongan berpendapatan rendah atau B40 di kawasan bandar termasuk Johor Bahru, untuk memiliki kediaman selesa dan mampu dibiaya.

Katanya, bagi tujuan itu kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan kerajaan persekutuan memandangkan permintaan golongan tersebut untuk mendapatkan rumah adalah tinggi.

No comments

Loading...