Header Ads

'Rise: Ini Kalilah', filem PRU14 ditayangkan 13 September ini (VIDEO)

Filem 'Rise: Ini Kalilah' akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 13 September ini. ― Foto: Instagram/MS Prem Nath

Sebuah filem adaptasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan ditayangkan di pawagam sempena sambutan Hari Malaysia bermula 13 September depan.

Rise: Ini Kalilah mendapat sentuhan tiga pengarah Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan Prem Nath yang menghasilkan filem dalam masa singkat, lapor Astro Awani.

“Semua orang seperti hendak pengsan, tetapi kami teruskan dengan projek ini. Kami betul-betul ingin menghasilkan filem ini dan meraikan detik bersejarah ini,” kata Saw.

Loading...


Menjalani penggambaran di Malaysia, Singapura, dan United Kingdom, filem itu dihasilkan oleh Prodigee Film, Filmmaker Studio dan WebTVAsia.

Ia menampilkan pelakon besar seperti Remy Ishak dan Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Shashi Taran, Jack Tan, dan Jenn Chia.

Berkisar tentang detik bersejarah 9 Mei lalu, filem berdurasi 1 jam 40 minit menyaksikan rakyat Malaysia pelbagai latar belakang yang inginkan perubahan pentadbiran kerajaan.

Remy Ishak yang melakonkan watak Azman, seorang anggota polis berdepan konflik apabila mendapat tahu rakan sekerjanya menyalah guna kuasa.

“Apa yang saya belajar daripada watak ini ialah, Azman ada prinsip dalam hidup. Kita perlu pegang kepada  kejujuran, amanah dan keikhlasan, yang semakin lama hilang,” katanya.

Sementara Mira melakonkan watak seorang gadis yang menetap di London dan tidak sedar pentingnya kuasa satu undi membawa makna dalam menentukan masa depan negara.

No comments