Header Ads

'Rafizi patut minta penjelasan sebelum serang pembantu Mat Sabu' - Timbalan Menteri Pertahanan


Rafizi Ramli sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dulu berhubung siasatan terhadap pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebelum membuat kritikan terbuka, kata Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Liew berkata naib presiden PKR itu boleh saja menelefon Mohamad, pembantu kanan itu malah dirinya sendiri untuk bertanya tentang perkara itu.

"Saya sudah kenal pembantu itu selama enam tahun, kami bekerja dengan rapat. Saya tahu apa yang berlaku.


Loading...

"Dia muflis tetapi dapat pinjaman daripada keluarga dan kawan untuk membayar (hutang) agar dia boleh dilantik," katanya lagi.

Liew berkata semua pihak perlu membiarkan isu itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menentukan pegawai itu melakukan kesalahan atau tidak.

"Tetapi untuk Rafizi melancarkan serangan, saya rasa ia sangat tidak adil," katanya yang juga seorang senator.

Ketika ditanya sama ada Rafizi masih boleh membuat kenyataan berhubung perkara itu, Liew berkata pemimpin parti pemerintah perlu membuat semakan dengan sekutu terlebih dulu sebelum membuat ulasan.

Pada Selasa lalu, portal Malaysiakini melaporkan SPRM menyiasat pembantu kanan Mat Sabu berhubung dakwaan menerima bantuan lebih RM800,000 untuk mengeluarkannya daripada status muflis.

Rafizi kemudian mendakwa beliau diberitahu jumlah itu dikumpul daripada biaya khalayak dan menyifatkan alasan itu sebagai tidak boleh diterima.

Beliau turut melampirkan dokumen bayaran berjumlah RM800,000 itu, menunjukkan pegawai itu didakwa menerima empat bayaran "meragukan" berjumlah RM318,525; RM100,000; RM300,000; dan RM100,800, dalam masa dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mei 2018.

Justeru calon timbalan presiden PKR itu sekali lagi menggesa menteri kabinet mengisytiharkan harta dan agar undang-undang berkaitan pengisytiharan harta diketatkan.

Berhubung cadangan itu, Liew berkata beliau secara peribadi menyokong gesaan Rafizi.

No comments

Loading...