Header Ads

Prabakaran nafi tawaran RM25 juta beri Anwar tanding


KUALA LUMPUR — Anggota Parlimen Batu P. Prabakaran hari ini menyangkal dakwaan beliau ditawarkan RM25 juta bagi mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

“Saya fikir ini kenyataan palsu, saya tidak mahu komen apa-apa tentang khabar angin,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Loading...


Prabakaran diminta mengulas catatan Twitter penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau ditawar wang berkenaan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Batu. Raja Petra bagaimanapun mengakui dakwaan tersebut merupakan khabar angin semata-mata.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Selayang William Leong Jee Keen menyatakan kesudian menyerahkan kerusinya kepada Anwar sekiranya diminta berbuat demikian.

Namun, isteri dan anak Anwar iaitu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah menegaskan tidak akan melepaskan kerusi masing-masing di Parlimen Pandan dan Parlimen Permatang Pauh.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Prabakaran mencatat sejarah apabila menjadi calon termuda menang kerusi parlimen dengan majoriti 24,438 undi, mengalahkan pencabarnya daripada Barisan Nasional Dominic Lau Hoe Chai, Azhar Yahya (PAS) dan VM Panjamothy (Bebas). — Bernama

No comments

Loading...