Header Ads

PM ucap terima kasih kepada Jokowi bantu pulangkan Equaminity


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo kerana membantu untuk menyerahkan kapal layar mewah Equaminity milik ahli perniagaan, Low Teak Jho atau Jho Low.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Dr. Mahathir telah membuat panggilan telefon petang tadi kepada Presiden Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu selepas kapal yang berharga RM1 bilion itu tiba dengan selamat di Pelabuhan Klang, Selangor pada pukul 1 petang.


Loading...

Menurut laporan Kosmo Online, pada Februari lalu, kapal berkenaan dirampas dan disita pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Jabatan Keadilan (DoJ), Amerika Syarikat bagi membantu siasatan berhubung skandal penyelewengan oleh 1MDB.

Bagaimanapun pada April lalu Mahkamah Indonesia memutuskan tindakan menyita kapal berkenaan adalah salah dan harus diserahkan pada pemilik asalnya Jho Low namun kapal itu sekali lagi disita pada awal Julai lalu atas permintaan secara rasmi daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengucapkan takziah kepada Jokowi dan rakyat Indonesia yang menjadi mangsa dalam kejadian gempa bumi di Lombok sehingga membunuh hampir 100 orang serta ratusan lagi cedera.

Dr. Mahathir turut menawarkan bantuan Malaysia sekiranya perlu kepada Presiden.

No comments

Loading...