Header Ads

PKM tidak layak diiktiraf pejuang kemerdekaan


KUALA LUMPUR - Parti Komunis Malaya (PKM) tidak layak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan kerana pertubuhan itu bukan sekadar tidak membantu mencapai proses kemerdekaan malah cuba mengambil alih pemerintahan negara.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, fakta-fakta jelas juga menunjukkan PKM melakukan keganasan dengan membunuh banyak warganegara dan sesiapa sahaja yang menentang perjuangan mereka.

Loading...

Bahkan menurut Musa, PKM menentang British kerana mahu menubuhkan Repoblik Komunis Malaya.

“Mereka mahu wujudkan pemerintahan komunis, menjadikan negara ini sebuah negara republik dengan menolak sistem beraja, agama dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

PKM yang diketuai Chin Peng  menolak rundingan damai melalui Rundingan Damai yang diadakan di 1955 Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada 1955.

Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan menolak menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Mengulas lanjut Musa berkata, beliau menegaskan, syor-syor dibuat pihak tertentu supaya mengiktiraf PKM sebagai pejuang haluan kiri langsung tidak wajar.

"Orang yang buat saranan itu adalah orang yang tidak tahu sejarah. Pergilah ke muzium polis dan tentera, lihat sendiri segala rekod keganasan komunis. Pelbagai keganasan dilakukan, bunuh polis, bunuh orang ramai, bakar kampung, dan sebagainya.

“PKM diharamkan ekoran keganasan yang dilakukan mereka, macam mana nak iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan," katanya.

Baru-baru ini, aktivis, Fadiah Nadwa Fikri menggesa kerajaan untuk menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan oleh golongan berhaluan kiri termasuk PKM.


Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan tersebut belum dikaji kerajaan.

Katanya, hal ini bukan berniat mempromosikan perjuangan komunis, sebaliknya lebih kepada maksud komunis, kapitalis, demokrasi dan kleptokrasi untuk difahami.

No comments