Header Ads

Pilihan pengundi Sungai Kandis bercampur baur


Beberapa pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis yang ditemui selepas mengundi sudah membuat pilihan siapa yang harus mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri.

Mereka ditemui di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun.

Loading...


PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K. Murthy.

Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR, pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) bagi penggal ketiga berturut-turut dengan majoriti 12,480 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang calon BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). - Kinitv

No comments