Header Ads

'Percaya dulu, kira kemudian'

LIM Guan Eng (tengah) pada sesi Taklimat SST bersama Menteri Kewangan. FOTO Rohanis Shukri

SYARIKAT yang tidak pasti sama ada mereka layak atau tidak dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dibenarkan membuat permohonan pengecualian SST sebelum siasatan lanjut dilakukan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan mengamalkan pendekatan mesra dan percaya terhadap peniaga dalam isu pelaksanaan SST bermula 1 September ini

Loading...

Menurut beliau,Malaysia hari ini dibina atas landasan kepercayaan antara kerajaan dan rakyat untuk menangani isu-isu yang membawa kepentingan bersama.

Menurut beliau,Malaysia hari ini dibina atas landasan kepercayaan antara kerajaan dan rakyat untuk menangani isu-isu yang membawa kepentingan bersama.

"Masih ada dalam kalangan peniaga yang masih meragui sama ada syarikat dikecualikan atau tidak daripada dikenakan SST.

"Jadi kita beri kepercayaan kepada mereka untuk pohon dulu (pengecualian SST) lepas itu baru kita akan siasat.

"Kalau siasatan dapati tidak layak dikecualikan SST mereka kena bayar tapi kalau layak, akan dikecualikan,"

"Kita harap mereka tidaklah cuba lari dari bayar cukai dan bercakap benar. Kita percaya pada mereka, percaya dulu, kira kemudian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepa menghadiri taklimat SST bersama kira-kira 500 peniaga dan usahawan di Subang, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Paddy Abd Halim.

Mengulas lanjut Guan Eng berkata, kekeliruan berhubung produk pengguna yang dikenakan SST turut dibangkitkan dalam sesi taklimat selama lebih tiga jam itu.

"Contohnya tadi ada dibangkitkan tentang susu kanak-kanak berperisa yang turut dikenakan cukai dan susu biasa (asli) memang tiada masalah sebab tak kena cukai.

"Saya pun baru tahu tadi dan susu ini memang penting untuk pertumbuhan kanak-kanak.

"Jadi saya akan kecualikan susu coklat (berperisa) juga daripada cukai SST," katanya.

Sementara itu, Subromaniam berkata, 77,451 perniagaan didaftarkan di bawah SST melalui pemindahan automatik sistem GST kepada sistem SST (MyGST ke MySST) sehingga Khamis lalu.

"Daripadajumlah ini, 32,577 adalah pendaftar bagi cukai jualan dan 44,874 adalah pendaftar bagi cukai perkhidmatan.

"Dianggarkan masih terdapat kira-kira 10,000 lagi syarikat belum berdaftar dengan SST.

"Manakala bagi pendaftaran baharu secara online yang dibuka dua hari lalu, JKDM telah menerima sebanyak 226 pendaftaran peniagaan," katanya.

No comments

Loading...