Header Ads

Penyokong Najib tidak puas hati

Sekumpulan penyokong Najib menyuarakan kekecewaan mereka kerana tidak dibenarkan masuk ke Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kekecewaan mereka susulan tidak dibenarkan masuk ke pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Kehadiran mereka sejak jam 8 pagi itu turut disertai pengarah dan pelakon terkenal Ellie Suriati.

Loading...

Menurut Ellie, kehadiran mereka semua hari ini adalah sebagai tanda sokongan kepada bekas Presiden Umno itu.

“Kami tidak dibenarkan masuk, malah ada diletakkan papan amaran yang tidak membenarkan kami masuk. Jadi, kami ini hanya penyokong sahaja, tiada masalah dan bukan dalam Akta Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pun.

“Najib adalah seorang reformis di mana dia membubarkan ISA dan mewujudkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Itulah suara sebagai sebuah negara demokrasi,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Ellie, jadi, mengapa ada sekatan untuk penyokong seperti mereka?

Katanya, dia bersama penyokong lain amat tidak berpuas hati dengan sekatan ini dan diharap sekatan ini tidak dibuat pada masa yang lain.

“Jika benda sekecil ini pun tidak boleh, apatah lagi rule of law di dalam sana (mahkamah),” katanya.


Hari ini pihak pembelaan Najib yang diketuai oleh Peguam, Tan Sri Shafee Abdullah akan berhujah berhubung permohonan mereka untuk mendapatkan perintah tegahan ataupun gag order bagi menghalang perbicaraan awam  berhubung merit terhadap tujuh pertuduhan yang dikemukakan oleh pendakwaraya terhadap Najib.

No comments

Loading...