Header Ads

Penumpang hilang sabar, 4 jam pesawat masih di landasan


SELEPAS beberapa jam sabar menunggu dalam pesawat yang masih berada di landasan lapangan terbang, seorang penumpang bertindak membuka ruang kecemasan tanpa kebenaran.

Penumpang Hainan Airlines itu hilang sabar dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi apabila pesawat yang sepatutnya berlepas dari Taiyuan di utara wilayah Shanxi ke Chongqing ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Loading...

Situasi itu menyebabkan juruterbang terpaksa mendarat di Chengdu, wilayah Sichuan pada pukul 2 pagi.

Empat jam dalam pesawat ternyata merimaskan penumpang dari Tianjin yang hanya dikenali sebagai Xue.

Beberapa kali kru kabin meminta beliau duduk tetapi dia tetap bangun dan membuka pintu kecemasan untuk keluar dari pesawat itu.

Kedegilan lelaki berusia 27 tahun itu menyebabkan pengawai keselamatan penerbangan terpaksa campur tangan dan menyerahkannya kepada polis.

Susulan tindakannya itu, Xue telah ditahan selama 10 hari.


Sejurus selepas insiden itu, semua penumpang pesawat berkenaan telah dibenarkan keluar dan dibawa menginap di sebuah hotel berdekatan untuk berehat sehingga tiba masa untuk berlepas ke destinasi.-SCMP

No comments


Loading...