Header Ads

Pemandu Grab ditembak, ditemui mati dalam kereta


SEORANG pemandu Grab ditemui mati di dalam kenderaannya selepas dia ditembak beberapa kali.

Insiden ini dikongsi oleh Ketua Negara Grab Filipina, Brian Cu dalam catatan Facebooknya awal hari ini.

Loading...

Menurut Cu, nama pemandu itu ialah Ananias Antigua dan dia ditemui mati di dalam kenderaannya oleh polis di ParaƱaque City pada 31 Julai.

GMA News melaporkan bahawa bedah siasat mendapati Antigua, 54, mengalami 12 luka tembakan. Polis mengesyaki kejadian itu adalah kes rompakan atau jenayah.

Laporan yang sama menyatakan bahawa Antigua mengambil penumpang terakhirnya sekitar jam 7 malam dan memandunya ke sebuah kasino hotel di Pasay City.

"Kami mengutuk insiden ini sekeras-kerasnya. Sejak mendapat tahu tentang kejadian ini, Grab telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa," kata Cu.

Dia juga menegaskan tentang ciri keselamatan yang telah ditambah pada aplikasi Grab seperti butang SOS dan proses pengesahan yang lebeih ketat untuk penumpang.


Ciri-ciri ini dilaksanakan selepas kematian pemandu Grab, Gerardo Maquidato, tahun lepas, yang juga ditembak dan dibunuh sebelum ditemui berhampiran kenderaannya.

Menurut Rappler, penyerang Maquidato telah menempah perjalanan melalui aplikasi Grab.

No comments

Loading...