Header Ads

Peluang Azmin tewaskan Rafizi lebih besar


SHAH ALAM: Peluang penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menewaskan Rafizi Ramli dalam Pemilihan PKR 2018 dilihat lebih besar berdasarkan pencapaian terdahulu Azmin.

Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, pencapaian Azmin boleh dilihat melalui kepimpinannya semasa menerajui Kerajaan Negeri Selangor sebagai menteri besar dan kini, Azmin diberikan kepercayaan untuk menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Loading...

Menurutnya, Azmin juga dilihat cemerlang semasa menerajui jawatan timbalan presiden PKR sebelum ini semasa parti berkenaan masih lagi digelar parti pembangkang.

“Bagaimanapun, Rafizi juga ada kekuatan serta penyokongnnya yang boleh mengugat kedudukan Azmin.

”Rafizi mempunyai kekuatan sebagai pemimpin yang bijak dan lantang dalam menyuarakan isu-isu masyarakat, rakyat dan parti.

“Bila dia (Rafizi) rasa ada sokongan itu tak salah dia dalam bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti,” katanya.

Azizuddin berkata, dia melihat pertembungan berkenaan merupakan satu bentuk demokrasi yang sihat dalam mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan selain jawatan Presiden.

“Saya tak nampak akan bagi kesan yang boleh memecahkan parti… mana yangg kalah akan terus bersaing ada peranan mereka sama ada dlm parti atau di peringkat kerajaan. Berbeza pandangan, perbalahan dalam merebut jawatan biasa tapi tak sampai memecahkan parti.

“Mungkin presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan bagi jawatan tertentu. Saya rasa kalah menang adat pertandingan. Siapa yang kalah akan terima kekalahan. Saya tak nampak akan berlakunya pepecahan dalam parti,” katanya.

Menurutnya, pertandingan bagi jawatan pemilihan parti itu sebenarnya lebih dapat mengukuhkah parti.

“Demokrasi ni perlukan persaingan. Perlu terima hakikat cabaran padanya akan memantapkan dirinya sebagai pemimpin dalam parti. Dia (pemimpin) dipilih oleh ahli, pemimpin dapat mandat untuk jawatan tersebut. Boleh menjadi motivasi dan mantapkan dirinya jika dia menang.

“Dulu tak ada siapa pun nak jawatan utama tapi sekarang jawatan dah dipertandingkan… senario berubah… parti PKR itu antara parti yang utama di peringkat nasional. Rakyat kini semakin bagi tumpuan dan perhatian


Terdahulu, Rafizi sah bertanding jawatan timbalan presiden parti itu apabila wakilnya menghantar borang pencalonan bagi Pemilihan PKR 2018.

Borang pencalonan Rafizi dihantar kira-kira pukul 11.30 pagi Ahad.

Penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan untuk mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan kali ini.

Borang Pencalonan beliau diserahkan oleh wakilnya iaitu calon Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Hilman Idham dan calon ahli Majlis Pimpinan Pusat, Amirudin Shari pada pukul 4.45 petang.

Pemilihan PKR akan berlangsung selama sembilan minggu mulai September dengan 5 Ogos adalah hari penamaan calon-calon yang ingin bertanding untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat.

Proses pengundian PKR diadakan mengikut zon dan melibatkan 900,000 anggota yang layak mengundi. - Sinar Harian

No comments