Header Ads

Parlimen tarik balik larangan bincang isu 1MDB, RM2.6b


Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menarik balik perintah larangan dua tahun lalu yang menghalang anggota parlimen daripada membincangkan isu berkaitan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Ariff membuat keputusan itu berdasarkan suatu keputusan kes sivil di mahkamah yang menolak permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai derma RM2.6 bilion, lapor Kinitv.

Loading...


Bagaimanapun, Ariff mengenakan larangan kepada anggota parlimen daripada membincangkan hal-hal berkaitan pendakwaan jenayah terhadap Najib bersesuaian dengan perintah larangan memberi ulasan (gag order) yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai lalu.

"Saya telah teliti dan putuskan ia terlibat dengan kes jenayah di mahkamah Malaysia, oleh demikian tidak dibenarkan ia dibincang, dibahas dan disebut di dewan sebagaimana sekatan gag order tersebut.

"Ini adalah bertujuan untuk hormati bidang kuasa mahkamah dan prinsip pemisahan kuasa," kata Ariff.

No comments