Header Ads

"PAC boleh siasat semula 1MDB, tapi jangan nak cari salah saja"


Datuk Seri Najib Razak tiada masalah jika Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mahu membuka semula siasatan terhadap 1MDB tetapi berharap kerajaan tidak fokus untuk mencari kesalahan semata-mata.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau sendiri ingin mengetahui kebenaran berkenaan kes itu.

"Jika mereka mahu buka semula (siasatan 1MDB) saya tidak membantah sebab kita nak cari kebenaran...Itu hak PAC tetapi janganlah nak mencari kesalahan sahaja.

Loading...


"(Kerajaan) sudah ada mandat untuk mentadbir negara, sepatutnya mereka tumpu kepada usaha membangunkan negara...bagaimana nak memajukan ekonomi dan menolong rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat hari ini seperti dilapor Malaysiakini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini membawa usul agar PAC dan Ketua Audit Negara membuka semula siasatan terhadap skandal itu dan membuka semua maklumat berkaitan kepada awam.

Usul itu berada di tempat kelima dalam aturan mesyuarat dan dijangka dibentangkan esok, iaitu hari terakhir sidang parlimen kali ini.

Najib juga menegaskan siasatan pertama PAC dan Ketua Audit Negara berhubung skandal itu telah mendapati beliau tidak membuat sebarang kesalahan sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

"PAC sudah habiskan masa (menyiasat) selama enam bulan dan di dalamnya juga ada pembangkang (ketika itu)," katanya lagi.

No comments

Loading...