Header Ads

PAC akan buka semula siasatan terhadap kes 1MDB


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kini berdepan tugas berat apabila terpaksa mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadapnya untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dan bagi melaksanakan tugas itu, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata pihaknya bercadang untuk membuka semula siasatan terhadap isu 1MDB.

“PAC yang baru haruslah mampu menebus kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Loading...


“Sebagai permulaan kepada tugas yang diamanahkan, saya akan berbincang dengan pengerusi dan ahli-ahli PAC supaya penyiasatan terhadap skandal 1MDB dibuka semula.

"Selain itu laporan yang lebih komprehensif serta lengkap dengan mengambil kira keterangan-keterangan baru dapat dibentangkan ke parlimen,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen, seperti dilapor Kinitv hari ini.

Majoriti ahli Dewan Rakyat hari ini bersetuju memilih Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) sebagai pengerusi PAC. Wong pula dilantik menjadi timbalan Ronald.

Mengikut peraturan PAC perlu dianggotai sekurang-kurangnya enam orang dan tidak melebihi 12 orang.

Pengumuman itu dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff sewaktu mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Pemilihan kedua-dua mereka sah selepas majoriti ahli Dewan Rakyat bersetuju dengan usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew semasa persidangan.


No comments

Loading...