Header Ads

Nombor khas: K’jaan hilang RM100 juta pendapatan semasa BN


Kerajaan kehilangan kira-kira RM100 juta dari segi pendapatan hasil pembidaan nombor pendaftaran khas kenderaan di bawah pentadbiran BN terdahulu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.


Loading...

Beliau berkata, "ketirisan" berlaku apabila kerajaan, ketika di bawah pentadbiran BN sebelum ini mengeluarkan nombor khas itu kepada badan bukan kerajaan dan syarikat untuk dijual dengan harga tender sebanyak RM1 juta bagi setiap siri.

“Satu siri katakan kita kumpul RM5 juta. Dah terdapat 30 lebih kali (siri sebelum ini.

“(Ini bermakna) sudah lebih RM100 juta leakages yang sepatutnya kerajaan kutip,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sidang akhbar itu untuk mengumumkan hasil pembidaan bagi siri nombor pendaftaran khas 'Malaysia', yang dikeluarkan oleh kementerian itu bersempena dengan bulan Merdeka. - Kinitv

No comments

Loading...