Header Ads

Najib: Pelantikan Petron sebagai pembekal bahan api kerajaan cetuskan konflik moral


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengkritik pelantikan Petron sebagai pembekal bahan api rasmi bagi kenderaan kerajaan, mengatakan keputusan itu boleh menimbulkan konflik moral terutama berhubung pemilikan syarikat tersebut.

Beliau mempersoalkan, mengapa kerajaan tidak menggunakan perkhidmatan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) sebagai pembekal minyak petrol dan diesel kenderaan kerajaan.

Loading...


“Petronas ini milik negara, milik rakyat Malaysia dan Petronas merupakan sebuah syarikat yang sudah pun menjadi kebanggaan negara Malaysia.

“Dan sudah tentu timbul persoalan tentang pemilik Petron yang boleh menjadi konflik dari segi keputusannya, dari segi moral,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Riadah Merdeka 1Malaysia, hari ini.

Menurut laporan Free Malaysia Today lagi, Kementerian Kewangan semalam mengesahkan syarikat tersebut sebagai pembekal bahan api rasmi bagi kenderaan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Najib enggan mengulas berhubung tahanan reman bekas ketua pengarah Organisasi Perisikian Luar Malaysia (MEIO) bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan dana kerajaan.

“Itu adalah siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), saya tidak boleh berikan komen. Biarlah siasatan dijalankan terlebih dahulu.

No comments

Loading...