Header Ads

Najib: Jho Low kena jika beli Equanimity guna wang haram


Jho Low mesti bertanggungjawab jika benar membeli Equanimity menggunakan wang haram, kata Datuk Seri Najib Razak.

"Saya sudah katakan jika ia dibuat secara tidak sah, jika kapal itu dimiliki secara haram, duit yang bukan miliknya digunakan seperti didakwa, beliau harus bertanggungjawab.


Loading...

"Begitulah pendirian saya selama ini," kata bekas perdana menteri itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Kapal mewah RM1 bilion didakwa dibeli oleh Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pendedahan ini dibuat dalam dokumen Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, yang menjadi asas rampasan kapal tersebut di Bali beberapa bulan lalu, lapor Projek MM.

Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Klang awal minggu lalu.

Ditanya sama ada ahli perniagaan itu, yang kini dikehendaki polis, perlu menyerah diri, Najib berkata tindakan itu harus mengikut peraturan.

No comments

Loading...