Header Ads

Najib ditemani anak tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.50 pagi ini untuk menghadapi pertuduhan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Beliau hadir berpakaian sut kelabu di kompleks mahkamah.

Sejurus tiba, Najib terus dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen 9 untuk sebutan kes, di bawah kawalan ketat pihak polis, lapor Astro Awani.

Loading...


Peguam Negara Tommy Thomas akan mengetuai pendakwaan.

Beliau dijangka didakwa dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ia membabitkan kesalahan antaranya, secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi hasil aktiviti haram, memperoleh, menerima, memiliki, mengalihkan atau membawa masuk ke dalam negara hasil aktiviti haram.

Di bawah Seksyen 4 AMLATFA 2001, jika disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM5 juta atau dipenjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas keempat-empat pertuduhan berkenaan.

No comments

Loading...