Header Ads

Musa Aman akhirnya kembali: Polis, SPRM maklum


Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akhirnya kembali ke Malaysia. Musa tiba dari London dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sekitar jam 6.45 petang tadi.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dalam suatu kenyataan mengesahkan perkara itu.
Menurut Mustafar, rombongan Musa tiba dari Seletar, Singapura dan pemeriksaan imigresen telah diberikan kepada beliau dan penumpang yang menaiki pesawat tersebut.

Loading...

Namun, katanya Musa tidak dapat hadir ke kaunter pemeriksaan imigresen atas sebab kesihatan.
“Dokumen penumpang telah diperiksa dan direkodkan ke dalam Sistem Komputer Jabatan Imigresen”, kata Mustafar yang menjelaskan pemeriksaan dokumen Musa dan penumpang lain selesai pada pukul 7 petang.
Menurut Mustafar jabatan imigresen telah memaklumkan ketibaan Musa itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.
“Tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan penumpang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai bertugas”, katanya.
Rawatan susulan di Hospital Mpunt Elizabeth
Awal hari ini, Bernama melaporkan bekas setiausaha politiknya, Mohd Joh Wid berkata Musa Aman akan pulang.
Menurut Mohd Joh Wid, bekas ketua menteri itu sudah membuat keputusan untuk kembali ke tanah air walaupun tindakan itu bertentangan dengan nasihat pakar yang merawatnya di Hospital Clementine Chirchill, London.


Mohd Joh dipetik berkata, sebelum pulang Musa perlu dirujuk ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk menerima rawatan susulan.
Musa merangkap ADUN Sungai Sibuga, dilaporkan melarikan diri ke London pada 17 Mei selepas krisis pemilihan ketua menteri Sabah yang baru selepas PRU14.
Beliau juga dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas, selain disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyogok anggota dewan undangan negeri.
- Malaysiakini

No comments

Loading...