Header Ads

Menteri hal ehwal luar Sri Lanka lawat Malaysia esok


Menteri Hal Ehwal Luar Sri Lanka Tilak Marapana akan melakukan lawatan kerja sehari ke Malaysia esok.

Menurut kenyataan Wisma Putra, menteri itu akan diiringi oleh pegawai kanan negara itu.

“Ini merupakan lawatan pertama Tilak ke Malaysia sejak menyandang jawatan itu pada Ogos 2017,” menurut kenyataan itu lagi.


Loading...

Menurut Wisma Putra semasa lawatan itu Tilak dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Hal Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Lawatan itu akan membolehkan Malaysia dan Sri Lanka melihat hubungan dua hala serta meneroka kemungkinan bekerjasama dalam bidang lain.

"Ia juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan tentang isu global dan serantau yang menyangkut kepentingan bersama.

"Kedua dua Menteri Hal Ehwal Luar Malaysia dan Sri Lanka dijangka menubuhkan konsultasi dua hala menerusi pertukaran nota" tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi Malaysia optimistik bahawa lawatan itu akan menyediakan dorongan baharu terhadap hubungan dua hala yang lebih erat dan meningkatkan hubungan Malaysia dan Sri Langka ke tahap yang lebih tinggi.

- Bernama

No comments

Loading...