Header Ads

Menteri: Dewan Rakyat lulus, akhirnya GST mati

 Lim Guan Eng - Foto: Malay Mail

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan tiga tahun lepas.

Rang Undang-undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 itu diluluskan menerusi undian suara selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di peringkat jawatankuasa.


Loading...

Lim ketika membacakan RUU kali ketiga secara berseloroh berkata: “Akhirnya GST sudah mati.”

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Lim berkata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan semula pada September ini adalah lebih mudah dan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat berbanding GST yang dikenakan pada pelbagai peringkat.

“Secara perbandingan, 470,000 peniaga menghasilkan kutipan GST sebanyak RM44 bilion tetapi di bawah SST hanya 70,000 peniaga diperlukan untuk mendapatkan hasil sebanyak RM21 bilion.

“Ini amat jelas pentadbiran cukai dan kos pematuhan cukai akan jadi lebih mudah dan efisien kepada peniaga yang secara langsung memberi kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.

GST sebanyak enam peratus di Malaysia diperkenalkan pada 1 April 2015 untuk menggantikan SST.

Persidangan bersambung esok. — Bernama

No comments

Loading...