Header Ads

Mayat bayi lelaki ditanam di belakang gudang


Kecurigaan seorang pemuda terhadap kesan tanah yang baru ditimbus di kawasan belukar berhampiran sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Santong dekat sini hari ini membongkar perbuatan kejam menanam mayat bayi dipercayai baru dilahirkan.

Mayat bayi lelaki tersebut ditemui selepas Jafmi Mohd., 32, nekad menggali semula kawasan tersebut yang terletak berhampiran gudang penyimpanan barang milik kakaknya pada pukul 7.30 pagi, lapor Kosmo Online.

Loading...


Jafmi berkata, pada mulanya, dia terjumpa dengan sebuah beg sukan yang mempunyai kesan tanah sewaktu membuat pemeriksaan kehadiran pekerja di gudang milik kakaknya tersebut.

"Sebaik saya tiba, pengawal keselamatan yang sepatutnya bertugas tiada manakala pintu hadapan gudang juga berkunci. Saya kemudiannya berjalan di belakang gudang yang merupakan kawasan belukar untuk memasuki premis itu menerusi pintu belakang sebelum ternampak dengan beg sukan yang mencurigakan terbabit.

"Saya juga curiga apabila melihat kesan tanah baru ditimbus berhampiran lokasi penemuan beg sukan itu sebelum memasuki gudang dari pintu belakang yang tidak berkunci untuk mengambil cangkul bagi menggali tanah berkenaan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Jafmi berkata, dia kemudiannya menemui mayat bayi lelaki yang dibungkus di dalam beg plastik biru selepas menggali tanah terbabit sedalam kira-kira 0.3 meter.

No comments

Loading...