Header Ads

Mat Sentul dimasukkan ke hospital kerana strok


PELAKON veteran, Mat Sentul dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak Isnin lalu akibat strok haba.

Mat Sentul atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya meminta peminat mendoakan kesejahteraannya agar boleh pulang dan berehat dengan keluarga di kediamannya di Larkin, Johor Bahru.

Loading...


Keadaannya kini dimaklumkan sihat, cuma sedikit keletihan.


“Pastinya saya mahu peminat mendoakan untuk kesihatan saya, agar saya boleh pulang ke rumah,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Roslee Rashid, 57 tahun, berkata, sebelum itu ayahnya pernah dimasukkan ke HSA pada 30 Julai dan dibenarkan keluar pada 2 Ogos lalu.

“Ketika itu beliau dimasukkan ke hospital juga kerana strok haba.

“Selain itu beliau tidak mempunyai sebarang penyakit, beliau seorang yang aktif dan sering berjalan sekiranya berpeluang,” katanya. - Sumber: Utusan

No comments

Loading...