Header Ads

Mat Sabu: 'Tak semua jet Sukhoi boleh terbang'


Daripada 18 unit jet pejuang Sukhoi dibeli kerajaan Malaysia pada 2007, hanya empat yang boleh terbang dengan baik pada ketika ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Menurut Mohamad baki 14 buah kapal terbang penggempur itu sedang dibaik pulih oleh syarikat tempatan, lapor Kinitv.


Loading...

Katanya langkah itu diambil kerana syarikat penyelenggaraan yang digunakan semasa kerajaan BN sudah ditamatkan kontraknya.

Anggota parlimen Kota Raja itu juga menyatakan Tentera Udara Diraja Malaysia juga tidak lagi menggunakan perkhidmatan pesawat udara buatan Russia, MiG-29

No comments


Loading...