Header Ads

Mat Sabu arah siasat segera pengiring masih berkhidmat dengan Hishammuddin


KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan memandang serius laporan tiga anggota khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa sehingga kini masih menjadi pengiring bekas menteri kementerian Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, susulan perkara itu, beliau telah mengarahkan siasatan segera dibuat.

"Tindakan akan diambil jika terdapat pelanggaran terhadap amalan dan peraturan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Loading...


Beliau berkata demikian mengulas laporan portal Malaysiakini hari ini yang mendedahkan perkara tersebut.

Laporan itu menyebut, sumber ATM dan kementerian pertahanan mendedahkan bahawa dua pegawai tersebut adalah anggota Pasukan Khas Laut (Paskal).

Mereka, masing-masing berumur 37 tahun dan 41 tahun dengan tahun akhir khidmat pada 2020 dan 2021 manakala pegawai pengiring ketiga pula adalah seorang komando

Tiada banyak maklumat tentang komando itu namun sumber mendakwa, gambarnya pernah dimuatnaik Hishammuddin dalam Twitter peribadinya baru-baru ini.

Anggota Paskal berumur 41 tahun itu pula dilihat mengiringi Hishammuddin dalam sekeping gambar bertarikh 30 Jun 2018.

Tiga pegawai tersebut dipercayai telah berkhidmat dengan Hishammuddin sejak beliau menjadi menteri pertahanan pada 2013.

Bagaimanapun ia sepatutnya tamat selepas beliau tidak lagi memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada PRU14.

Sumber ATM juga mendakwa, ketiga-tiganya individu itu kini mendapat dua gaji, iaitu daripada ATM dan Hishammuddin.

No comments

Loading...