Header Ads

Malu mengaku letih sebab PM, kata Mat Sabu


ALOR SETAR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, mengakui barisan menteri yang baharu dilantik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, terpaksa berpura-pura tidak letih kerana malu dengan keupayaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir.

Beliau berkata, sejak dilantik menganggotai barisan kepemimpinan negara kira-kira tiga bulan lalu, mereka terpaksa melaksanakan pelbagai urusan rasmi sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat, lapor Berita Harian.


Loading...

“Saya beritahu kepada duta dan menteri pertahanan negara lain bahawa kami (menteri) letih, bayangkan keluar rumah 7.30 pagi dan balik rumah 11.30 malam.

“Tetapi kami nak mengaku letih tidak boleh kerana bos (Dr Mahathir) berusia 93 tahun. Kami tengok Tun elok, jam 8 pagi masuk pejabat.

“Apabila adanya Perdana Menteri yang berusia, ia jadi piawaian kepada kami yang muda untuk terus bekerja mentadbir negara,” katanya dalam ucapan sempena Program Jelajah Malaysia Baharu di Dataran Stargate di sini, malam ini.



Majlis turut dihadiri Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ini adalah program jelajah pertama yang dianjurkan PH selepas menjadi kerajaan dan akan diadakan di setiap negeri selepas ini.

No comments

Loading...